Search
Close this search box.

Soalan Lazim

Setiap kelas tuisyen one-to-one (online atau di rumah) adalah mengikut jadual dan waktu yang telah dipersetujui. Sekiranya kelas tuisyen ini dibatalkan atas sebab kecemasan yang tidak dapat dielakkan sama ada di pihak pelanggan atau Cikgu Mimie, maka ia akan digantikan mengikut kesesuaian waktu kedua-dua guru dan pelajar. Jika kelas bekumpulan secara online guru akan menyediakan rakaman kelas yang berlangsung kepada pelajar.

Buat masa ini kelas tuisyen Cikgu Mimie dikhususkan kepada pelajar sekolah menengah bermula Tingkatan 1 sehingga pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Kami mengikuti Silibus Pendidikan yang ditetapkan oleh KPM berasaskan sistem pembelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) bagi semua mata pelajaran. Kami juga menyediakan modul kepada pelajar apabila pelajar mendaftarkan kelas dan akan diberikan kepada pelajar.

Begitu juga kelas secara atas talian pelajar juga akan diberikan modul dalam format PDF untuk digunakan pada sesi pembelajaran.

Tempoh minimum pembelajaran bagi subjek Matematik untuk pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3 adalah enam jam sebulan. Manakala bagi pelajar Tingkatan 4 dan pelajar SPM untuk subjek Matematik dan Add Maths, tempoh minimum yang ditetapkan adalah 8 jam sebulan. Bagaimanapun, ia bergantung kepada tahap penguasaan pelajar.

Kelas Tuisyen One-to-One

Kelas akan dijalankan secara bersemuka di rumah atau premis yang dipersetujui pelanggan dan Cikgu Mimie.

Kelas Tuisyen Berkumpulan

Kelas akan dijalankan secara bersemuka berkumpulan di rumah atau premis yang dipersetujui pelanggan dan Cikgu Mimie.

Kelas Tuisyen Online (O2O)

Kelas akan dijalankan secara online sepenuhnya mengikut jadual yang dipersetujui oleh ibu bapa dan Cikgu Mimie.

Kelas Tuisyen Online (Berkumpulan)

Kelas akan dijalankan secara online sepenuhnya mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh guru.

*** Kelas Sekolah Menengah Tingkatan 1-3, Cikgu Mimie menawarkan pembelajaran secara bermodul yang berfokuskan silibus KSSM dan juga kami membuat ujian untuk pelajar sebanyak 2 kali setahun.
*** Kelas Persediaan SPM, Cikgu Mimie menyediakan kelas persediaan peperiksaan bagi pelajar Tingkatan 4 & 5. Pelajar akan diajar Kaedah menjawab soalan peperiksaan, Motivasi, Pendedahan soalan bentuk peperiksaan serta kami juga menjalankan ujian pada pelajar untuk menilai tahap Penguasaan pelajar.

Residensi Alami, Jalan Tinju 13/50 Seksyen 13 Shah Alam, Selangor (di belakang Lembaga Zakat Selangor).

Guru di kelas tuisyen Cikgu Mimimie di temuduga dalam beberapa peringkat oleh pihak pentadbiran bagi memilih guru yang berkebolehan mengajar selain dari memiliki tahap pendidikan sekurang-kurangnyanya Diploma untuk mengajar.