Search
Close this search box.

Calon SPM, STPM dapat vaksin Julai ini

Facebook
Twitter
LinkedIn

CALON peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bakal menerima suntikan vaksin akhir bulan depan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, berkata suntikan dos pertama vaksin Pfizer-BioNTech itu akan diadakan di sekolah.

“Selepas tiga minggu, mereka akan menerima dos kedua,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Bertindak Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) peringkat Pahang di Wisma Sri Pahang, di sini, hari ini.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Semalam, Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) berkata akan memberi keutamaan kepada pelajar bakal menduduki peperiksaan diberi suntikan vaksin.

Ia susulan kelulusan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) bagi penggunaan vaksin Pfizer-BioNTech terhadap kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas.

Mengulas jabatan yang menguruskan senarai pengamal media yang akan menerima suntikan vaksin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu berkata, ia diuruskan oleh Jabatan Penerangan Malaysia.

“Jabatan Penerangan sudah memberikan senarai nama dan dihantar kepada Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) untuk penyenaraian kerana ada media yang sudah dapat dan mereka yang belum akan menerimanya dalam masa terdekat,” katanya. – Berita Harian, 18 Julai 2021.

More to explorer

Jadual peperiksaan SPM 2021

Berikut jadual terkini Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2021. Selamat maju jaya kepada semua pelajar. Sumber – Kementerian Pendidikan Malaysia, 11

Kalendar akademik sesi 2022/2023

Berikut adalah takwim persekolahan bagi tahun 2022 seluruh negara yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.