DARI jauh cara pembungkusan produk “pelengkap rasa” makanan ini mirip kepada sejenis makanan tradisional popular di kalangan masyarakat Kelantan iaitu budu, tetapi ia jauh berbeza seperti yang dijangkakan penulis.

Biarpun negeri kelahirannya adalah sama, namun rasa dan kenikmatan produk terbaru Bumiputera ini iaitu Sambal Mangga adalah jauh berbeza malah ia memberi kelainan kepada penggemar makanan berasaskan belacan.

Bak kata orang Kelantan: “Asa ja samo, tapi mari lain-lain”.

Dengan mempertaruhkan kepada tanda niaga “RASA Thai sebenar” sememangnya resipi yang diimport khas dari Thailand ternyata persis kepada produk popular negara Gajah Putih itu iaitu Somtam.

Bagi yang kurang meminati makanan pedas, ia pasti bukan pilihan terbaik tetapi kepada penggemar sambal anda digalakkan untuk makan berat terlebih dahulu kerana aromanya mampu membangkitkan nafsu pemakanan anda.

Mana tidaknya, kenikmatan rasa sambal yang diadun bersama belacan, cili padi dan komponen utamanya mangga boleh membuatkan anda ketagih merasainya hinggakan tidak terasa sudah menambah beberapa pinggan.

Saya juga berpeluang merasai sambal mangga ini, pada mulanya agak takut-takut, mana tidaknya jika terasa pedas sedikit pasti berdesing telinga. Tetapi sambal ini ternyata jauh berbeza dari telahan awal saya.

Bayangkan pada satu tahap, saya sampai menolak lauk lain yang dihidangkan di depan mata. Malah, jika dicicah bersama ikan masin, rasanya tidak terkata sambil dihidangkan dengan nasi panas.

Pepatah ada mengatakan: “Belum cuba belum tahu, dah cuba nak selalu”. Saya janji kepuasannya, mana tidaknya selepas makan sambal ini anda pasti terhidu-hidu aromanya yang cukup menusuk kalbu.

Beberapa pelanggan terawal di ibu kota, Kuala Lumpur yang berpeluang merasai “ulam Siam” ini memuji produk diperkenalkan itu. Ada antara mereka yang mahu mengulangi tempahan, malah tidak kurang yang mahu membawa pulang ke kampung.

Bagi warga kota yang sudah terliur untuk mendapat sambal ini, boleh menghubungi pegawai pemasaran Sambal Mangga by Afaibizline di Lembah Klang, Puan Fairuz Karmila di talian 017-5200736.

Jom beli dan rasainya. Ada yang kata: “Tak kenal maka tak cinta, dah kenal terasanya bahagia”. Macam itulah sambal mangga ini dengan penggemarnya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *