SESUAI sebagai tempat istirahat dan makan malam, ia juga boleh dijadikan pusat perbincangan santai keluarga kepada mereka yang mempunyai anak-anak berumur 5 tahun ke bawah.Mana tidaknya, melangkah saja masuk ke The Siblings Play & Cafe pelanggan disajikan dengan taman permainan “eksklusif” kanak-kanak dan ruang kafe hipster pastinya menambat hati buat si comel serta ibu dan bapanya.

Menekankan konsep kafe santai ala-keluarga, pelanggan akan merasai seolah-olah berada di sebuah dapur yang sebelahnya terdapat ruang bagi menempatkan anak-anak supaya tidak diganggu ketika memasak.

Ternyata langkah berani usahawan muda ini membawa tema dan konsep baharu berjaya menarik ramai pelanggan terutama bagi mereka yang ingin melakukan perbincangan tanpa perlu memikirkan di mana hendak meletakkan anak.

Pengusahanya yang mahu dikenali Viena menyatakan idea dan konsep kepada pembukaan kafe ini dicetuskan daripada dua anaknya yang berusia 3 tahun dan setahun.

Mula-mula kami nak buka ikut nama anak, tapi bila fikir balik nanti bila dah besar mereka bergaduh tak ada nama, akhir sekali kami putuskan nama The Siblings,” katanya ketika ditemui di kafenya di Taman Putera Perdana Puchong

Antara menu utama kafe ini adalah makanan yang disajikan di dalam dulang. Dalam pakej ini pelanggan diberi pilihan untuk memilih pelbagai jenis pasta dan juga masakan barat seperti ‘Chicken Chop’, ‘Fish & Chip’ dan ‘Meatballs’.

Selain daripada makanan pencuci mulut, snek serta 2 minuman pilihan, pakej yang berpatutan pelanggan turut ditawarkan kemasukan ke taman permainan kanak-kanak itu secara percuma tanpa had.

Bagaimanapun, terdapat beberapa peraturan yang perlu dipatuhi pelanggan terutama ibu bapa seperti memakai stoking dan memastikan anak anda pergerakan anak anda bagi menjaga keselamatan mereka ketika bermain.

Secara keseluruhan, ia amat kafe ini sesuai kerana buat keluarga yang mahukan kelainan tanpa memikirkan kegusaran untuk membawa anak-anak ke tempat makanan barat. Malah air “Hausboom” yang dijual sangat murah. – 9 Ogos 2018.

Lokasi: 12-2 Jalan PP6/2, Taman Perindustrian Putra Perdana (Menghadap La Cottage)
FB: The Siblings Playcafe
Waktu perniagaan: 3.00 p.m – 12.00 a.m

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *